Ubah Hidup Anda Dengan Perkhidmatan Pakar Perundingan Kewangan
Saya percaya setiap individu mempunyai matlamat kewangan yang unik. Oleh itu, saya menawarkan pendekatan yang sangat peribadi kepada setiap pelanggan. Dengan mendengar aspirasi dan kebimbangan anda, saya akan mencipta pelan kewangan yang sesuai dengan gaya hidup anda. Mari kita bina hubungan jangka panjang yang saling menguntungkan.
VISI
Menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam merealisasikan impian kewangan pelanggan, langkah demi langkah
MISI
Untuk mewakili minat pelanggan dalam menyediakan nasihat kewangan holistik dan perkhidmatan profesional dalam perancangan kewangan untuk penciptaan, pengumpulan, pemeliharaan, dan pengagihan kekayaan yang berkesan

Tentang Saya
Penasihat Kewangan yang Dipercayai.
Selamat berkenalan, nama saya Muhammad Za’eim Bin Abdullah (panggil saya “Zaeim”). Saya lahir di KL dan membesar di Selayang. Saya seorang yang suka belajar dan mencabar diri sendiri.
Pendidikan saya belajar di SMK Selayang Bharu, SPM tahun 2012. Lepas tu, saya sambung belajar di Deakin University, Melbourne, Australia dalam bidang Diploma Information Technology. Saya juga ada ambil dan lulus beberapa peperiksaan profesional seperti PCE-CEILLI (MII), Takaful Basic Examination (MTA), CUTE (FIMM) dan CertMII (MII). Saya juga ada belajar dan lulus sebagai Associate Shariah Registerd Financial Planner di MFPC untuk dapat sijil profesional supaya saya boleh praktis sebagai penasihat kewangan dan dapat gelaran Islamic Financial Advisor Representative (I-FAR) yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM); seterusnya, saya peroleh lesen perancang kewangan Capital Market and Services Representative License – Financial Planner (LFP) dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Pengalaman kerja pertama saya ialah sebagai technical support dan customer service di Lowyat. Selepas tu, saya kerja sebagai part time delivery driver di Australia selama dua setengah tahun. Balik Malaysia, saya kerja pelbagai pekerjaan termasuk dalam industri filem sebagai sound assistance; kemudian jadi pemandu e-hailing dari 2017 – 2023. Semasa era pandemik tahun 2020, saya tak dapat nak memandu. Maka, saya sertai Hong Leong Assurance sebagai ejen insuran; ini adalah pengalaman professional pertama saya dalam industri kewangan. Selepas berkhidmat dari Oktober 2020 hingga Disember 2023, saya naik taraf diri saya untuk menjadi seorang penasihat kewangan. Seterusnya, saya menyertai YES Financial Berhad sebagai wealth planner. Dalam kerja sekarang ni, saya perlu beri khidmat pelanggan saya dan nasihatkan pelanggan tentang :

Semoga perkongsian saya dapat membantu anda dalam merancang duit dan masa hadapan anda dengan baik demi kebahagiaan bahagia diri sendiri dan insan yang anda sayangi. “It’s not how much money you make, but how much money you keep, how hard it works for you, and how many generations you keep it for.” pesan Robert Kiyosaki, penulis buku kewangan yang terkenal.
100+
Kepuasan Pelanggan
4+
Tahun Pengalaman
40+
Masalah kewangan di selesaikan
Nombor keahlian
- MFPC : M30017293
- FIMM : 719-0-20112
- Security Commission Malaysia : eCMSRL/C3852/2024
- I-FAR : https://www.bnm.gov.my/regulations/fsp-directory/far
- Investment Checker : https://www.sc.com.my/investment-checker
SIJIL DAN LESEN





