ZAEIM SOLUTIONS – SEMAK PELABURAN

Bina kekayaan dengan Pelaburan

Sudah tiba masanya untuk menjadikan wang awak bekerja untuk awak. Sebagai perancang kewangan berlesen, saya di sini untuk membimbing awak ke arah keputusan simpanan dan pelaburan yang bijak, membantu awak mengembangkan kekayaan dan melindungi kekayaan awak.

Saya menawarkan penyelesaian pengoptimuman kekayaan melalui portfolio pelaburan & pengesyoran khusus untuk memenuhi matlamat kewangan awak merentasi pelbagai jenis asset kewangan termasuk wrap account, Amanah Saham, PRS, Private Mandate, Berkaitan Pelaburan Labuan, ETF & Produk Berstruktur.

Melindungi Pelaburan

Pelbagaikan Asset

Membina Kekayaan

Bina Ketahanan Jangka Masa Panjang

Ketenangan Hidup

Pengurusan Professional

Strategi terbukti berkesan

Sistem Pelaburan Tersusun


Apa terjadi kalau awak tidak menyemak pelaburan awak?



Tentang Zaeim

Nama saya Muhammad Za’eim Bin Abdullah. Saya memperoleh Penasihat Kewangan islam yang di luluskan oleh Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sebagai Perancang Kewangan Berlesen. Perkhidmatan utama saya tawarkan adalah Perancang Persaraan; lain-lain perkhidmatan seperti semakan takaful, perunding pelaburan dan perunding kewangan.

Selama 4 tahun, saya telah membantu individu dan keluarga mencapai matlamat hidup yang selesa melalui pelan pelaburan yang teliti dan disesuaikan mengikut keperluan mereka.

Saya komited untuk memberikan nasihat kewangan yang telus dan beretika untuk membantu awak membuat keputusan kewangan yang tepat untuk masa depan awak.

Tanya diri awak, adakah awak mahu membenarkan seseorang mengambil alih kewangan awak atau adakah awak ingin BERTANGGUNGJAWAB dan menaik taraf diri awak?

Ada beberapa sebab kenapa saya boleh menyemak pelaburan awak:

Sebab #1: Kebanyakan orang berasa bimbang untuk melabur kerana risiko yang tinggi. Lebih tinggi risiko, lebih tinggi ganjaran; maka ramai yang tidak berminat untuk melabur, malah nilai Ringgi semakin hari semakin jatuh akibat dikikis nilai oleh inflasi serta kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu, saya sebagai perancang kewangan berlesen, saya wajib menerangkan bahawa, apabila awak melabur di tempat saya, SAYA JAMIN PELABURAN ADALAH SELAMAT DAN DIURUS DENGAN BAIK. Untung tak tinggi tak apa, janji duit selamat.

Sebab #2: Ada orang tu dia suka melabur sendiri, tetapi akhirnya gagal dan rugi duit-duit yang telah dilaburkan. Ini disebabkan oleh, ketamakan manusia dan berasa ingin ganjaran yang cepat. Dalam dunia pelaburan, lagi cepat untung, lagi cepat rugi. Oleh yang demikian, saya sebagai perancang, saya menerangkan bagaimana pengurus tabung professional menguruskan wang pelaburan dengan selamat dan SAYA YAKIN GANJARAN AKAN LEBIH TINGGI JIKA BANYAK BERSABAR.

Sebab #3: Dalam dunia teknologi terkini, banyak pelaburan scam dan palsu di online atau datang dari kawan-kawan di tempat kerja. Ramai orang telah tertipu dengan sindiket skim cepat kaya yang pulangan dia adalah di luar kewarasan. Namun, setiap keputusan dibuat adalah berdasarkan ikut emosi semata-mata; akhirnya mangsa scam telah rugi berjuta-juta ringgi setahun. Tugas saya sebagai penasihat kewangan adalah untuk MELINDUNGI HASIL TITIK PELUH PELABUR SAYA DARIPADA PELABURAN SCAM DAN TIPU DUNIAWI.


Lihat bagaimana saya bantu rancang persaraan

Jangan tunggu masa yang lama, inflasi MERUGIKAN awak.

HUBUNGI SAYA