Awak tahu tak berapa duit awak ada sekarang?
Saya boleh periksa kesihatan Kewangan awak
Pemeriksaan kesihatan kewangan peribadi, sering dirujuk sebagai pemeriksaan kewangan atau penilaian kewangan, ialah proses kritikal yang melibatkan penilaian situasi kewangan, matlamat dan strategi awak. Ia penting untuk pelbagai sebab:

Sedar perihal kewangan

Jelas matlamat hidup

Pandai Mengurus duit

Bijak berbelanja

Pejalanan kewangan terurus

Keselamatan Kewangan

Mengurangkan tekanan

Kajian Pelaburan
Apa masalah kalau awak tak buat pemeriksaan kesihatan kewangan?



Tentang Zaeim
Nama saya Muhammad Za’eim Bin Abdullah. Saya memperoleh Penasihat Kewangan islam yang di luluskan oleh Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sebagai Perancang Kewangan Berlesen. Perkhidmatan utama saya tawarkan adalah Perancang Persaraan; lain-lain perkhidmatan seperti semakan takaful, perunding pelaburan dan perunding kewangan.
Selama 4 tahun, saya telah membantu individu dan keluarga mencapai matlamat hidup yang selesa melalui pelan kewangan yang teliti dan disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.
Saya komited untuk memberikan nasihat kewangan yang telus dan beretika untuk membantu awak membuat keputusan kewangan yang tepat untuk masa depan awak, keluarga dan perniagaan.
Tanya diri awak, adakah awak mahu membenarkan seseorang mengambil alih kewangan awak atau adakah awak ingin BERTANGGUNGJAWAB dan menaik taraf diri awak?
Ada beberapa sebab kenapa saya boleh memeriksa kewangan pelanggan:
Sebab #1: Setelah habis belajar, kebanyakan orang (termasuk saya) tidak mengetahui tentang pengurusan kewangan diri. saya dahulu, kalau nak tahu pasal kewangan, mesti mencari website, buku dan tiada sesiapa mengajar saya sampailah saya masuk ke alam ejen insurans. Setelah berkhidmat selama 2 tahun setengah, saya nampak ada yang tidak memilih insuran atau takaful kerana tiada cash surplus (lebihan tunai tambahan) setiap bulan atas sebab gaji yang rendah, tidak merancang kewangan, bebanan tanggungan yang tinggi dan kos sara hidup yang semakin meningkat merupakan alasan mereka menolak. Oleh itu, tujuan saya adalah membuat analisa aliran tunai (cashflow analysis), adalah untuk MENINGKATKAN LEBIHAN TUNAI TAMBAHAN DAN MERANCANG KEWANGAN DENGAN JELAS.
Sebab #2: Manusia ada sifat tamak. Kita sedar apabila kita membuat sesuatu tujuan, ia berdasarkan perasaan semata-mata, bukannya berdasarkan kewarasan dan perancangan. Ramai rakyat malaysia telah terperangkap dalam hutang yang tidak dapat di urus dengan cermat. Demikian itu, saya boleh menunjukkan bagaimana cara untuk MENGURANGKAN BEBANAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH HUTANG JAHAT.
Sebab #3: Kebanyakan pelanggan berharta, mereka tidak tahu berkenaan nilai hartanya. Apabila mereka sudah tua, mereka sudah lupa lalu tidak ada rekod berkenaan keberadaan harta mereka. Oleh hal yang demikian, adalah tanggungjawab saya untuk menyusun harta mereka supaya pelanggan saya dapat jejak harta dengan dokumentasi yang lengkap serta tersusun supaya dapat PEWARIS DAPAT MEWARISI HARTA PENINGGALAN SETELAH MENINGGAL DUNIA KELAK.